Medal For Excellence

Medal For Excellence

Tuesday, August 14, 2012

Cylinder Arrangement


Enjin kereta mempunyai pelbagai jenis silinder, yang sering digunakan adalah 4, 6, atau 8. Silinder blok mempunyai barisan silinder yang diatur samaada in-line, atau "V" atau "W" atau opposed diantara satu sama lain.

Kereta di Malaysia popular dengan in-line 4 tidak kira samaada pengeluaran daripada syarikat luar negara ataupun dalam negara. Hanya sesetengah kereta sahaja yang aturan enjin dalam bentuk "V". Jenis "W" jarang ditemui di Malaysia manakala jenis opposed sering dugunakan oleh syarikat pengeluar kereta yang terkenal didunia iaitu Ferrari.


Jenis Opposed direka untuk kenderaan yang sport dimana ketinggian kereta lebih rendah berbanding dengan model kereta yang lain. Tetapi jenis kereta yang menggunakan jenis ini agak sukar dibaiki kerana kekurangan tenaga mahir di negara ini tentang teknologi yang canggih ini.

No comments:

Post a Comment