Medal For Excellence

Medal For Excellence

Friday, June 20, 2014

Bumblebee in Mexico


Guide Pin/Bolt/Nut.

Lama sangat dah saya dengar orang selalu mengadu masalah bunyi pada Myvi edisi lama. Bunyi ketukan yang agak perlahan tetapi berulang kali kedengaran sedikit sebanyak mengganggu keselesaan pemandu.
Jadi saya share sikit kenapa kejadian ini berlaku dan juga langkah mengatasinya.
 Gambarajah ini menunjukkan kesemua komponen yang terlibat dalam operasi brake caliper floating type. Guide pin atau nama lain adalah guide bolt atau guide nut adalah komponen yang utama dalam caliper jenis floating ini.

Gambarajah seterusnya menunjukkan perbezaan diantara dua jenis guide pin yang digunakan. No.1 tidak mempunyai getah manakala No.2 mempunyai getah di hujungnya. Ini adalah kerana getah itulah yang menyebabkan hilangnya bunyi ketukan tersebut pada kereta edisi baru Myvi.

Gambarajah ini menunjukkan bagaimana ketukan berlaku didalam perumah (housing) guide pin semasa kereta kita melalui kawasan permukaan jalan yang tidak rata. Gambarajah seterusnya pula menunjukkan bagaimana getah tersebut berfungsi untuk menghilangkan ketukan tersebut.
DAHULU, bila dengar sahaja bunyi ini, kita selalu ke servis Perodua untuk melakukan pemeriksaan. Setelah itu bunyi itu akan hilang daripada pendengaran kita, namun beberapa minggu kemudian ia akan kedengaran semula. Ini adalah kerana bunyi tersebut dikurangkan dengan menggunakan heavy duty grease. Heavy duty grease tersebut dimasukkan kedalam perumah (housing) serta diselaputi di bahagian hujung guide pin. Ini akan membuatkan ruang diantara perumah (housing) dan guide pin dipenuhi dengan heavy duty grease. Namun setelah beberapa minggu, grease tersebut akan makin hilang daya penggunaanya serta menjadi agak cair dan juga bergerak ke kawasan guide pin yang lain dimana tidak tertumpu pada kawasan hujung guide pin. Jadi saya syorkan pada anda supaya menukar guide pin yang mempunyai getah di bahagian hujung guide pin. Pastikan barangan tersebut adalah yang asli.
Saya pon masih tak tukar lagi, selalu pon saya keluarkan dan letak grease banyak-banyak. Kereta Myvi SE orang tua saya. Myvi SE saya syukur tak kena penyakit ini. Second generation selamat..... : P