Kebanyakkan pendapat mengatakan bahawa enjin perlu panas dahulu sebelum memulakan perjalanan. Adakah ini benar???!!!
Jawapan yang sebenar untuk persoalan ini adalah kerana Sistem Pelinciran kenderaan anda.
Apa itu sistem pelinciran?
Sistem pelinciran adalah bermaksud penggunaan minyak enjin yang bertujuan untuk mengurangkan geseran pada komponen-komponen enjin yang bergerak dalam enjin. Nama lain yang sering kita dengar bagi minyak enjin adalah ''minyak hitam''.
Mengapa perlu hidupkan enjin sebelum memulakan perjalanan?
Semasa kenderaan kita tidak beroperasi terutamanya pada waktu malam, minyak enjin telah mengalir hampir 90% ke bahagian bawah enjin (oil pan). Komponen-komponen bergerak di bahagian atas enjin tidak dipenuhi dengan pelinciran. Oleh itu, apabila permulaan enjin dihidupkan, enjin dalam keadaan bebas beban (idling speed) dimana minyak enjin yang berada dibawah (oil pan) akan di pam keatas dengan bantuan oil pam dan akan melalui oil filter dahulu bertujuan untuk menapis segala kekotoran terdahulu sebelum sampai pada komponen-komponen bergerak bahagian atas enjin yang amat sensitif dengan bendasing. Rujuk gambar dibawah:
Bagaimana dengan perakhiran perjalanan?
Semasa anda sampai ke destinasi yang ingin dituju, sebelum mematikan enjin kenderaan anda perlu pastikan untuk menunggu sekurang-kurangnya 1 minit atau 30 saat sebelum mematikan enjin. Jika anda melalui perjalanan jarak jauh, pastikan anda membiarkan enjin dalam keadaan idling speed selama 2-4 minit sebelum mematikan enjin. Ini adalah bertujuan untuk mengawal semula dan meredakan pergolakan atau kocakan dalam enjin semasa perjalanan. Kebanyakkan kenderaan sekarang memasang aksesori turbo timer dimana kereta akan mati enjin secara automatik selepas pemasaan yang telah ditetapkan oleh pemandu berakhir walaupun kunci telah dikeluarkan dan pintu juga telah dikunci.
No comments:
Post a Comment