Medal For Excellence
Saturday, October 27, 2012
Saturday, October 13, 2012
Thursday, October 4, 2012
Adakah Tayar Baru Dibeli AdalahTayar Keluaran Baru?!
Jika anda disebuah kedai tayar kereta, pelbagai jenis tayar dari segi jenama dan harga diperkenalkan pada anda oleh penjual ataupun mekanik tayar sehingga membuat anda pening untuk membuat pilihan.
Persoalannya, adakah apa yang diterangkan oleh penjual dan mekanik tayar adalah benar ataupun sekadar mahu menjual tayar kepada para pelanggan dengan kata-kata yang manis bersertakan pujukan.
Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda sedikit infomasi tentang sesebuah tayar kereta bagi memudahkan anda membuat keputusan ketika ingin membeli tayar baru.
Cara Membaca Tahun Tayar Dikeluarkan
16 = Minggu dikeluarkan iaitu pada bulan 4 ( minggu akhir April )
04 = Tahun dikeluarkan iaitu 2004
Maksud setiap huruf dan nombor pada sebuah tayar kereta.
Jenis Tayar
Huruf P menandakan bahawa tayar adalah tayar kenderaan penumpang (passangger). Beberapa huruf lain seperti LT untuk trak ringan (light truck), dan T untuk tayar sementara, atau ganti (spare tyre).
Lebar tayar
235 adalah lebar tayar dalam milimeter (mm), diukur dari sisi ke sisi.
Nisbah Aspek
Nombor ini memberitahu anda ketinggian tayar, dari manik (bead) ke atas bunga (thread). Ini digambarkan sebagai peratusan daripada lebar tayar. Dalam contoh kita, nisbah aspek 75, jadi ketinggian tayar adalah 75 peratus daripada lebarnya, atau 176,25 mm (0,75 x 235 = 176,25 mm, atau 6,94 dalam). Lebih kecil nisbah aspek, lebih luas tayar berhubung dengan ketinggian.
Pembinaan tayar
R menandakan bahawa tayar telah dibuat menggunakan pembinaan jejarian (radial). Ini adalah jenis yang paling biasa pembinaan tayar. Lama tayar telah dibuat menggunakan berat sebelah pepenjuru (D) atau berat sebelah belted (B) pembinaan. Satu nota berasingan menunjukkan berapa banyak Plies membentuk sisi tayar dan bunga.
Rim Diameter
Nombor ini menyatakan, dalam inci, diameter roda rim tayar direka untuk.
Load Index bermaksud berat yang mampu ditampung oleh sebuah tayar berikut. Jika papar 89H pada tayar anda ingin beli, ini bermaksud tayar anda mampu menampung seberat 580 Kg.
Speed rating adalah maklumat tentang kemampuan atau keupayaan sesebuah tayar bagi kelajuan yang ditempuhi. Contoh: 89H bermaksud = tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 210 km/h.
Diharap sedikit maklumat tentang sebuah tayar yang dikongsi dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dan paling penting anda berpuas hati.
Tuesday, October 2, 2012
Kenapa Perlu Hidupkan Enjin Sebelum Mulakan Perjalanan?
Kebanyakkan pendapat mengatakan bahawa enjin perlu panas dahulu sebelum memulakan perjalanan. Adakah ini benar???!!!
Jawapan yang sebenar untuk persoalan ini adalah kerana Sistem Pelinciran kenderaan anda.
Apa itu sistem pelinciran?
Sistem pelinciran adalah bermaksud penggunaan minyak enjin yang bertujuan untuk mengurangkan geseran pada komponen-komponen enjin yang bergerak dalam enjin. Nama lain yang sering kita dengar bagi minyak enjin adalah ''minyak hitam''.
Mengapa perlu hidupkan enjin sebelum memulakan perjalanan?
Semasa kenderaan kita tidak beroperasi terutamanya pada waktu malam, minyak enjin telah mengalir hampir 90% ke bahagian bawah enjin (oil pan). Komponen-komponen bergerak di bahagian atas enjin tidak dipenuhi dengan pelinciran. Oleh itu, apabila permulaan enjin dihidupkan, enjin dalam keadaan bebas beban (idling speed) dimana minyak enjin yang berada dibawah (oil pan) akan di pam keatas dengan bantuan oil pam dan akan melalui oil filter dahulu bertujuan untuk menapis segala kekotoran terdahulu sebelum sampai pada komponen-komponen bergerak bahagian atas enjin yang amat sensitif dengan bendasing. Rujuk gambar dibawah:
Bagaimana dengan perakhiran perjalanan?
Semasa anda sampai ke destinasi yang ingin dituju, sebelum mematikan enjin kenderaan anda perlu pastikan untuk menunggu sekurang-kurangnya 1 minit atau 30 saat sebelum mematikan enjin. Jika anda melalui perjalanan jarak jauh, pastikan anda membiarkan enjin dalam keadaan idling speed selama 2-4 minit sebelum mematikan enjin. Ini adalah bertujuan untuk mengawal semula dan meredakan pergolakan atau kocakan dalam enjin semasa perjalanan. Kebanyakkan kenderaan sekarang memasang aksesori turbo timer dimana kereta akan mati enjin secara automatik selepas pemasaan yang telah ditetapkan oleh pemandu berakhir walaupun kunci telah dikeluarkan dan pintu juga telah dikunci.
Subscribe to:
Posts (Atom)